Nama saya Fikri Md Rais berumur 34 tahun dan bekerja sepenuh masa di Coway (M) Sdn Bhd. Saya telah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata. Bermula sebagai Agen di Coway dari tahun 2013 dan menguruskan pemasangan Coway untuk kegunaan di rumah, pejabat dan sekolah sekolah.
Saya dilantik sebagai Health Manager pada tahun 2015 sehingga November 2017. Pada Disember 2017, saya dilantik sebagai Sales Manager sehingga sekarang.
Saya menghabiskan zaman sekolah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Malaysia France Institute di Bangi dalam bidang Computer and Networking. Setelah tamat Diploma, saya menyambung pelajaran di UniKL MIIT di Kuala Lumpur dalam jurusan Bachelor Network Services.
Kerana minat saya dalam bidang IT, saya mengambil sijil professional tambahan dan beberapa kursus teknikal. Mula bekerja di syarikat Network Services yang besar di Malaysia, Datacraft yang kini dikenali sebagai Dimension Data. Kemudian saya menyertai EDS di Cyberjaya dan diserap ke Hewlett-Packard. Kerja terakhir dalam bidang IT saya ialah di AT&T sebagai Network Engineer.
Saya sekarang bertugas sebagai Sales Manager di Coway (M) Sdn Bhd cawangan Alor Setar, Kedah yang terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Menguruskan pasukan jualan Coway di Zon Utara khususnya dan seluruh Malaysia.
Merupakan TOP SALE 2014/15/16 dan dianugerahkan pelbagai awards sebelum ditawarkan untuk menguruskan team Coway di Utara Malaysia khususnya dari CSTeam.
Super HP Award 2014
Consistent WS Award 2014
Coway Japan Trip Achiever 2015
Coway Shanghai Trip Achiever 2015
Coway Nationwide Top Manager 2016
Coway South Korea Trip Achiever
2016 – 2019
Coway Taiwan Trip Achiever 2019
Coway Turkey Trip Achiever 2020
Coway Nationwide Top Manager 2021
©2022. ilovecoway.net. All Rights Reserved. Fikri Rais