Penapis air outdoor Coway, Bamboo Plus adalah penapis ‘outdoor’ yang bertujuan untuk menapis air kotor untuk keseluruhan rumah anda. Ia menggunakan teknologi tapisan yang sangat halus dan sumber air akan jadi sangat bersih dan bebas dari kotoran untuk aktiviti cucian di luar rumah, mandian, masakan, mencuci pakaian, dan lain-lain.
Dibina dengan material seperti ‘stainless steel’ membuatkan Bamboo Plus tahan lasak dan ciri-ciri yang efektif untuk Bamboo Plus adalah ia tidak akan menurunkan tekanan air rumah & air bersih yang disalurkan adalah laju dan tidak akan ada masalah jika kegunaan air di dalam rumah secara serentak.
Disertakan dengan teknologi ‘all-in-one controller’, Bamboo Plus boleh dilaraskan kepada 3 jenis ‘mode’ iaitu ‘Back Wash’, ‘Fast Rinse’ & ‘Filter’. Coway Bamboo Plus mempunyai 2 jenis cara pemasangan iaitu samada pemasangan secara ‘floor standing’ atau ‘wall mounted’
Penapis air outdoor Coway Bamboo Plus ini juga mempunyai sistem ‘ultrafiltration membrane’ yang mempunyai daya tapisan yang kuat diiringi tapisan yang halus bersaiz 0.01 micron yang dapat menyingkirkan kekotoran di dalam air paip seperti bakteria, karat, zarah halus yang kotor, tanah, dan bahan kimia yang terlarut.
RM 95 sebulan
Percuma 5 Tahun Servis & Warranti
RM 2,700
Percuma 1 Tahun Servis & Warranti
4 Suhu
11.3 Liter
340 x 523 x 518 mm
©2022. ilovecoway.net. All Rights Reserved. Fikri Rais